Buscar

Sekapur Sirih

Jabatan Buku Galeri Ilmu (JBGI) ditubuhkan sebagai satu platform bagi menyemarakkan industri buku arus perdana. Dengan moto “Buku Kita, Harta Kita”, diharap dapat memberi satu suntikan baru kepada semua penulis dan bakal penulis dalam menghasilkan karya yang terbaik kepada pembaca.

Dengan mengekalkan konsep keislaman yang mendasari karya penulisan terbitan Galeri Ilmu, JBGI terus mengorak langkah mencari dan terus mencari penkarya-penkarya baru bagi mewarnai dunia penulisan hari ini. Dengan penganjuran bengkel-bengkel dan taklimat-taklimat penulisan, pihak jabatan telah berjaya menghasilkan kelompok penulis baru. Dengan berbekalkan secangkir ilmu yang ada, ditambah dengan pengalaman menerbitkan makalah ilmiah selama lebih sepuluh tahun, kami akan bersama-sama membentuk kelompok ini untuk menjadi barisan penulis yang mampu menghasilkan karya bermakna buat masyarakat pembaca.

Blog http://bukugisb.blogspot.com/ dihasilkan sebagai satu wadah untuk kami berkongsi sedikit sebanyak info berkenaan JBGI, termasuk produk-produk terkini terbitan kami. Besar harapan kami sekiranya pengunjung-pengunjung yang budiman dapat memberi maklumbalas kepada kami. Insya Allah, kami akan cuba menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk pembaca di luar sana. Semoga usaha kami ini kan dinilai sebagai ibadah. Amin.